Thursday, September 08, 2005

tinggi KAN ?


tegak tak semestinya berdiri kan ?
mungkin kita sering lupa mana letaknya sebuah kekuatan.
adakah kuatnya kerana nafsu yang sentiasa kekal abadi atau pada rapuhnya sebuah keimanan. lama aku mencari jawapan, tapi sering kali apa yang aku temui sekadar sedaran yang sementara...

rebah tak semestinya terjunam kan?
... dan ini yang sering membuatkan aku sentiasa berpegang.
goyah.... dan terhoyong hayang.
apa pasti berdiri untuk mendapat tegak yang sempurna semula pada sebuah kejatuhan yang ...

lemas tak semestinya hanyut kan?
kesisi dan menyusur...
perlukah berpaut pada sejengkal tali yang tiada tahu mana asalnya...
harapan biar sentiasa berteguh.

susah KAN ?

Monday, August 08, 2005

merdeka kah kita

mengeluh.... kadang2 bila dah tak larat nak diluah pasti akan berbunyi jugakan, sampai bila aku akan menyaksikan pertembungan makna dan kata yang aku sendiri bila difikirkan sendiri tidak tahu makna yang nak diucap.

merdeka... apa benar kita semua dah bersedia?
bukan aku tidak suka akan kehadirannya cuma aku kurang pasti akan melaluinya.
merdeka.. apa benarkah kita telah merdeka?
bijak kalau yang dah tahu akan kebodohan maknaya, bijak kepda yang bijak dalam mencari peluang keatasnya.
merdeka... apa benar erti sebuah merdeka?
bukan kerana pakarnya seseorang itu barufasih dalam mentafsir sesuatu kata. cuam kelebihan yang ada..
merdeka.. apa benar kah aku telah merdeka?
entahlah.... aku kadang2 dah terlalu jahil nak menilai apa makna erti sebuah kemerdekaan yang aku cari.
bangun... tidur... makan... kerja...
merdeka kah aku
merdekah mereka
merdeka kah kita semua
MERDEKA......
sama kita renungkannya

Wednesday, July 20, 2005

................................b.L.u.E.S.......................

behind life unexpected easy style

NAK kata bukannya susah cuma bila NAK terkeluarkan kata2 tu je yang selalunya menyusahkan untuk lidah menyusun makna yang kadang2 tak menyinggung sesiapa.

Tuesday, July 12, 2005

ego... sebuah kenyataan atau sekadar penulisan

Ketidak sempurnaan hati memastikan segala perilaku diri senantiasa bercanggah dengan pendirian kalimah hati. Mestikah berlaku pergolakan dalam diri memastikan sesuatu yang mesti akan terlepas begitu sahaja.

Berikan aku sedikit kata yang menguatkan peribadi supaya tercetus ilham di hati ini untuk aku terus bersuara.

Manusia mana yang gah dengan kejadian diri sedangkan terasa terlalu hina ciptaannya ke atas kejadian diri.

“Tak habis-habis dengan pendirian kau, apa kau ingat kejadian sesuatu yang lain sempurna, kau patut bersyukur atas apa yang diberi bukan menghina apa yang terjadi”
“Entah kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikir ini terlalu berat untuk ditanggung oleh aku sendiri….”
“Kau seolah masih mempertahankan apa yang tersirat dihati kau sahaja tanpa memikirkan natijahnya”
“Sebagai kawan apa yang kau rasa sepatut yang aku harus laksanakan…
“Kelebihan manusia ada tersendiri jangan terlalu mementingkan apa yang ada di hati terkadang kau harus melihat apa yang ada di sekeliling kau juga supaya yang ada tak terlepas begitu sahaja…cuba kau lihat tu ..seorang tua yang tidak jemu memperbetulkan kehidupanya sedangkan dia sendiri tidak mampu untuk menanggungnya”
“Tapi itu bukannya mempertahankan keegoannya sendiri melakukan walaupun terasa diri tidak mampu meneruskannya”
“Mungkin ”
“Mungkin ….teralu berat untuk meletakkan perkataan mungkin dalam keadaan ini’
“Itu semua terpulang kepada diri kau sendiri…. Okaylah aku rasa terlalu jauh perbincangan kita apa kau tak rasa lapar”
“Entah”
“Mari kita pergi makan”

Biar apa yang terlintas dihati pastikan niat didahului dahulu di permulaan perilaku. Malam itu aku rasa akulah salah seorang yang kurang berpendirian selepas berjam lamanya ku terus mempertahankan hujahku dengan Zaman.

“Ahhh mungki esok akan terlebih baik akan berlaku keatas diri ku……”

* * *

“Itulah kau”
“Kenapa ?…… apa yang telah aku lakukan sehingga membuatkan kau begitu marah sekali terhadap aku”
“Kalau tak kerana perkara tu pasti aku akan memperolehinya sekarang”
“Kenapa ni kau seolah meletakkan kesalahan ke atas diri aku”
‘Sememangnya kau benar-benar bersalah”
“Sebabnya”
“Tak usah kau berselindung lagi Shah. Kau seolah hendak melarikan diri dari kesalahan kau sendiri"
“Hei… apa ni takkan kerana perkara kecik tu kau menyalah kan aku seolah aku telah menyebabkan berlakunya perang dunia ketiga”
“Kecik bagi kau tapi bagi aku satu peluang yang terlalu agung besarnya”
“Okay aku minta maaf seandainya aku bersalah tak kan tak ada peluang lain lagi..’
“Senangnya kau meminta maaf, kau tahu tak bukan senang aku nak berjumpa dengannya kalau hari-hari aku bertembung dengannya lainlah ini ha tak tentu”
‘Come on lah takkan kerana si dia yang kau sendiri tak tahu namanya kau terus-menerus menyalahkan aku..aku belanja kau makan…’
“Tengok itu yang aku tak tahan dengan kau tu aku ni sampai bila pun tak kan ada seseorang dalam hidupku kalau aku terus begini’
‘Okay begini aku janji akan mengaturkan pertemuan kau dengannya kalau kau sudi memaafkan aku”
‘Hahh”
‘Bagi aku masa dalam sehari dua aku akan cuba kalau aku berjaya terpulang selebihnya pada kau…’
‘Okay…hah kat mana kau nak belanja aku ni, aku pun dah lapar dah ni”
‘Mana lagi”

Akupun kadang-kadang hairan dengan manusia masih meletakkan sesuatu untuk melonjakkan diri keatas.apa mereka fikir dengan meletakkan sesuatu dihadapan pasti akan memperolehi disebalikya. Manusia…manusia

Kadang-kadang aku terlupa di mana letak harga diri sedangkan tiada pengenalan disuatu sudut yang meletakkan tingginya seseorang itu . Apa dengan menilai sesutu yang berharga dengan nilainya kita dapat memastikan dia berguna untuk kita setiap masa. Itulah manusia selalu membuat tanggapan dengan menilai dari luaran sahaja.

Selalu juga aku terfikir betapa agung ciptaannya dengan meletakkan sesuatu tanda perbezaan yang jelas untuk membezakan sesuatu yang adil dan sesuatu yang jurangnya jauh terkebelakang. Akal, itupun kalau kita dapat menilainya dengan pandangan yang jujur.

‘Macam mana dah dapat apa yang aku cari selama ini ?’
“Dapat kalau aku mencari “
“Maksud kau ?”
“Bukan mudah untuk mencari jawapan yang kita sendiri tak tahu jawapannya”
“Aku kurang paham”
“Begitulah maksudnya, kau tak akan faham kalau kau sendiri tidak tahu apa yang perlu kau faham”
“Kalau begitu bagaimana”
“Terpulang kepada keadaan’
“Keadaan….jadi kau meletakkan keadaan sebagai dasar jawapan yang kau cari’
“Mungkin’
“Kenapa selalu diakhiri dengan kemungkinan, apa kau kurang pasti apa yang kau tegaskan’
“Entah .kadang-kadang aku terfikir betapa tidak perlunya jawapan yang aku perlu cari sekarang’
‘Mengapa begitu jadinya”
“Mungkin akan datang tanpa aku sedari juga’
‘Kau pasti ia akan datang’
‘Entah………..’

* * *

“Bagaimana kalau ini semua tak terjadi apa aku akan mungkinkah berada disini sekarang”
“Hey ! Apa yang kau fikirkan tu, jauh benar aku tengok macam ada satu beban yang kau tanggung sekarang”
“Entah kadag-kadang aku rasa mungkin satu kebetulan yang menyebabkan aku terlantar jauh di sini”
"Kenapa pula kau berfikiran begitu, kau sepatutnya terasa bangga diatas kejayaan kau datang kesini “
“Tapi aku rasa seolah kemenangan diatas satu kekalahan orang lain”
“Come on man…kau dah dewasa sekarang, kalau aku aku bangga jejak kaki disini bukan senang nak datang sini tau, kalau kau rasa orang lain tak bernasib baik itu kesalahan diorang juga meletakkan kejayaan yang awal sebelum pertarungan dimulakan’
“Maksud kau Zaid “
“Megah sementara dengan apa yang ada kita sekarang sebelum kita kehilangan disuatu hari”
“Itu seolah jauh terpesong dengan matlamat asal kita datang kesini”
“Itu bagi kau kalau bagi aku, aku seharusnya memikirkan bagaiamana rasanya untuk aku meneruskan apa yang aku miliki sekarang”
“Bagaimana ?”
“Gunakan apa yang ada pada kita sementara kita mampu’
“Aku lagi kurang faham”
“Ahhh dan sememangnya kau akan terus kurang faham dengan apa yang aku katakan. Hah aku pergi dulu kalau aku layan kau tak sudah rasanya apa yang aku bualkan"

Dan sekali lagi aku ditinggalkan untuk mencari satu jawapan diatas satu persolan yang aku ciptakan sendiri. Apakah aku mampu untuk meneruskan pencarian jawapan yang aku sendiri tidak tahu di mana titik mula dan titik akhir satu persoalan itu

* * *

“Bagaimana pun kau seharusnya memikirkan apa yang perlu kau lakukan bukan memikirkan apa yang akan kau tinggalkan"
“Tapi dia seolah-olah tidak memberi peluang untuk aku bersuara sedangkan masalah itu datang sendiri daripadanya’
"Kau sepatutnya mengalah bukan menyerah”
"Senang bagi kau, aku ni yang terasa apinya “
“Habis kenapa dulu kau menolak apa yang aku katakan dan sekarang mengapa pula kau tidak sanggup menghadapi natijahnya sedangkan kau sendiri yang ciptakan semua ini “
“Jadi kau suka “
“Pertalian darah mana yang sanggup melihat kejatuhan darah dagingnya sendiri ‘
“Kau memang pandai bermain kata itulah selalunya aku yang selalu merasa kesalannya”
“Beginilah sebagai saudara kau dan juga sebagai teman aku nasihatkan kau lari dahulu dari masalah ini tapi ingat mengalah bukan menyerah dan yang lainnya kau serahkan kepada aku’
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi lagi dan untuk kali ini aku rasa akulah yang akan menentukan corak perjalanan hidup kau semula’
“Terima kasih’
“Kau menangis ?”

Munkin ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya adalah yang telah sedia untuk menentukan perjalanan hidup aku.

“Assalammualaikum ibu, ibu sihat?…., lama rasanya kita tak berjumpa ibu…………,petang nanti……….. , ibu pilih………….., ya insyaallah ……..waalaikummussalam…….. “

“Kenapa ni Shah macam ada sesuatu yang tak kena saja ibu tengok”
‘Tak ada apa-apa bu saja Shah nak jumpa bu”
“Dari jari kelengking hingga kau dah besar …ibu tahu nak ……cakaplah”
“Shah rasa seolah apa yang ada pada Shah sekarang seumpama mimpi saja”
“Sebabnya ?”
“Shah dianggap seorang lelaki yang sempurna tanpa usaha Shah sendiri”
“ Apa yang Shah nak semua dapat begitu”
“Mungkin”
“Shah sepatutnya Shah bersyukur apa yang kita ada jangan sesekali digunakan untuk memperdayakan orang, tak senang hidup kita kalau harta menguasai kita dan tak senang juga kita kalau kita suka mengabaikan apa yang seharusnya kita lakukan”
“Tapi ……..Shah tak faham kenapa orang anggap Shah seorang yang hanya mementingkan diri, dah bermacam perkara yang telah Shah buat tapi Shah tak berdaya melawan apa yang dicakap oleh orang bu”
“Kan itu sudah katakan jangan biarkan harta menguasai diri kita”
“Maksud bu Shah kena buang semua harta yang ada pada Shah”
“Bukan begitu cuma tengok apa sebab yang mengapa mereka mengatakan Shah seorang yang begitu dan ibu tahu hanya Shah yang sendiri tahu jawapan tu”

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang…..kalau tak kerana mulut tentu badan tak binasa dan kalau tak kerana kita tentu tiada apa yang perlu diceritakan pada cucu kita …..

…dan kalau tak kerana kukuhnya sebab tak digunakan pepatah–pepatah yang menyokong pada suatu keadaan.

"Kemenangan di atas landasan satu kemujuran"
"Apa yang pasti tiada pertelingkahan"
"Betul…… tapi kegembiraan yang seketika"
"Salah mereka juga penarikan diri disaat akhir pertandingan yang baru nak dimulakan"
"Kau seperti suka menaguk di air yang keruh"
"Terpulang pada pandangan orang dan apa yang pasti aku menang dan pihak sebelahnya telah tewas…hukum permainan"
"Memang susah nak bercakap dengan kau Ina ! Kelembutan peribadi yang aku kenali dalam diri kau sukar aku mencari disebalik kematangan ketika kau berada di puncak ini"
"Kenapa ? Kau seolah-olah hendak menyindir aku"
"Aku puji kau dengan arus perubahan yang kau perolehi tapi aku keji kau dengan arus perubahan yang kau kecapi sekarang"
"Jauh benar kau menyimpang dari tajuk tujuan asal perbincangan asal kita"
"Kan aku katakan kemenangan di atas dasar satu kemujuran "

Manusia kalau mengagungkan sesuatu keagungan memang sukar untuk diluahkan oleh jasad biarpun hati riuh meronta ingin menceritakan apa yang dikatakan junjungan di sebalik sebuah keagungan.

Dan kadang-kadang aku ini seolah-olah masih lagi berdiri di dalam kegelapan mencari satu titik hitam yang berkilau di hujung kegelapan agar dapat membalikkan aku semula ke dalam dunia yang nyata tanpa pegangan pelita di hati….yang sebenarnya terang dalam kegelapan ……..sedarkah aku….?

Ataupun mungkinkah aku akan terus dalam kegelapan yang aku ciptakan sendiri. biarpun menyedari betapa sedikitnya lagi tempoh yang diberikan kepada aku oleh yang Maha Esa…..sedarkah aku…?

Sedarkah aku dalam aku sendiri masih lagi dalam kegelapan…..

Ketetapan pada hati dan penilaian diri yang akan menghitungkan sesuatu yang benar dan sesuatu yang dikatakan berlawan dengannya. Nescaya kita akan mengenali siapa diri kita yang sebenar-benarnya……..maka hitunglah sendiri……

Monday, July 11, 2005


awana porto malai Posted by Picasa

Thursday, July 07, 2005


TENANG & TENUNG Posted by Picasa

Thursday, June 30, 2005

mukadimahnya kehidupan...

bila dah diciptakan dengan sempurna, kadang-kadang kita lupa asal usul kejadian kita. nak kita pekikkan kepada mereka2 tu yang kadang semakin jauh dengan apa yang ada. bukan sekadar menghina malah mengeji.
aku bukannya semewah adatnya dan agama tetapi sedar juga apa yang ada.....

salam kemanusiaan
engku irish