Thursday, November 02, 2006

Malam Bulan Mengambang

mungkin malam tu tak sama lagi dengan malam-malam yang indah pernah aku lalui... bukan mengeluh pada sebuah nasib yang aku lalui, tapi sekadar berseloroh dengan apa yang ada... malam tak indah lagi bagi aku lalui.
kesepian yang panjang.
tangisan keseorangan.
sepi dan kosong.

aku mungkin berdiri sama melintang dengan nasib yang akan aku lalui ini tapi aku tak bisa menjulur dengan segala harapan yang pernah aku ciptakan sendiri....

kesepian yang membataskan segala hak dan logika untuk aku terus berfikir. tewas didalam sebuah layaran yang tergantung dek dipukul dengan tohmahan dan kutukan diatas kesilapan silam.

menyesal ?

kehidupan yang penuh cabaran dan hujanan masalah membuatkan aku semakin kabur dengan penglihatan akal ku sendiri, namun aku sedar dengan membataskan segala perilaku ku untuk aku meneruskan segala saki dan sisa kehidupan yang panjang ini.

buat makhluk yang bernama manusia, hati ini sedar dengan segala kejadian yang difitrahkan kepada ku. aku banyak melakukan kesalahan, kealpaan dengan kesombongan yang aku ciptakan sendiri membuatkan aku tewas didalam sejarah ketamadunan yang aku ciptakan sendiri.

bangkitkanlah semangat yang perlu untuk diriku untuk aku terus melangkah dan melompat lebih tinggi... bangkitlah.... dan aku perlu sedar...

bulan akan sentiasa mengambang bila tiba waktunya... itu adalah PASTI

Wednesday, September 27, 2006

salam kemanusiaan


Assalammualaikum w.b.....Sesungguhnya pejalanan kehidupan manusia tidak akan menyenangkan pencariannya. Pasti akan gembira sekiranya tertulisnya kehidupan manusia dalam mana-mana buku kehidupan. Apa yang pasti manusia perlu sedar akan pencarian sebenar yang ingin dicarinya. Bukan sekadar penghidupan sekarang juga untuk penghidupan yang kekal di kemudian hari.Aku mampu menangis meskipun orang lain berada dalam ketawa kegembiraan, aku mampu ketawa walaupun orang lain berada dalam tangisan kesedihan tetapi aku tak mampu menahan kesedihan walaupun orang lain dalam kesedihan dan tak mampu menahan kegembiraan walaupun orang lain dalam ketawa kegembiraan.Bodohkah aku sekiranya aku masih memenangi segala ideologi yang aku pegang selama ini sebagai landasan kehidupan aku ……… ?

adoiiiiiiii penat


adoiiiiiiiiii penat.
kadang-kadang sampai tak tahu nak mulakan mana satu yang lagi penting, terlalu lama sangat KAN. susah berfikir dan kadang terpaksa memikir...

adoiiiiiiiiiiii penat.
banyak yang tertinggal, kehidupan, kegembiraan, keseronokan...

adoiiiiiiiiii penat
aku dah penat......

Thursday, September 08, 2005

tinggi KAN ?


tegak tak semestinya berdiri kan ?
mungkin kita sering lupa mana letaknya sebuah kekuatan.
adakah kuatnya kerana nafsu yang sentiasa kekal abadi atau pada rapuhnya sebuah keimanan. lama aku mencari jawapan, tapi sering kali apa yang aku temui sekadar sedaran yang sementara...

rebah tak semestinya terjunam kan?
... dan ini yang sering membuatkan aku sentiasa berpegang.
goyah.... dan terhoyong hayang.
apa pasti berdiri untuk mendapat tegak yang sempurna semula pada sebuah kejatuhan yang ...

lemas tak semestinya hanyut kan?
kesisi dan menyusur...
perlukah berpaut pada sejengkal tali yang tiada tahu mana asalnya...
harapan biar sentiasa berteguh.

susah KAN ?

Monday, August 08, 2005

merdeka kah kita

mengeluh.... kadang2 bila dah tak larat nak diluah pasti akan berbunyi jugakan, sampai bila aku akan menyaksikan pertembungan makna dan kata yang aku sendiri bila difikirkan sendiri tidak tahu makna yang nak diucap.

merdeka... apa benar kita semua dah bersedia?
bukan aku tidak suka akan kehadirannya cuma aku kurang pasti akan melaluinya.
merdeka.. apa benarkah kita telah merdeka?
bijak kalau yang dah tahu akan kebodohan maknaya, bijak kepda yang bijak dalam mencari peluang keatasnya.
merdeka... apa benar erti sebuah merdeka?
bukan kerana pakarnya seseorang itu barufasih dalam mentafsir sesuatu kata. cuam kelebihan yang ada..
merdeka.. apa benar kah aku telah merdeka?
entahlah.... aku kadang2 dah terlalu jahil nak menilai apa makna erti sebuah kemerdekaan yang aku cari.
bangun... tidur... makan... kerja...
merdeka kah aku
merdekah mereka
merdeka kah kita semua
MERDEKA......
sama kita renungkannya

Wednesday, July 20, 2005

................................b.L.u.E.S.......................

behind life unexpected easy style

NAK kata bukannya susah cuma bila NAK terkeluarkan kata2 tu je yang selalunya menyusahkan untuk lidah menyusun makna yang kadang2 tak menyinggung sesiapa.