Tuesday, July 17, 2007

AL FATIHAH buat Noor Asrin Md. Jamil

Noor Asrin Md. Jamil
Pagi ni aku dikejutkan tentang satu kematian,
meskipun umur yang terlalu muda untuk meninggalkan kita
dan belum puas rasanya matanya menatap keindahan dunia
namun TUHAN lebih sayangkan dirinya
adik kepada kawan seperjuangan aku Mohd Asri Jamil


"Ya Tuhanku kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
tempatkanlah rohnya dikalangan orang yang beriman
ampunilah segala dosanya
tenangkanlah jasadnya tatkala bersemadi di didalam sana
sementara menunggu panggilan mu....

Amin Ya Rabbal Alamin"




Thursday, March 15, 2007

AIR MATA MAMA

PROLOG UNTUK MAMA. 10 Oktober 2001
Bukan niat untuk ku melukai hatimu

Mama…
Setitik air matamu mengalir membasahi pipi,
Serarasa begitu tinggi pengorbananmu terhadapku,
Biarlah segala kenangan bersama ini akanku abadikan dalam kitab ingatanku,
Biarlah segala kesedihan air matamu mengiringi pemergianku,
Biarlah segala kepayahan ini disusuli dengan hati yang tabah,

Mama…
Kasih sayang mu tiada dapat ku tebus ganti,
Pengorbanan mu tidak berbalas seribu budi ku,
Kau curahkan tanpa balasan dariku,
Begitu agungnya kasih sucimu,

Mama…
Pemergianku ini mungkin terlalu awal bagimu,
Terasa begitu sedikit waktu bersamamu,
Teringat akan saat bahagia kita semua bersama,

Mama…
Kau lalui semua ini dengan kerelaan hatimu,
Meskipun terlalu berat kau tanggung dan tempuhi,
Sedikit tiada pernah aku dengar kau mengeluh,
Aku dibelai,
Aku diasuh,
Aku dimanja,
Terasa ingin aku melalui semua ini seperti dahulu,

Mama…
Usah kau tangisi permergian ku ini,
Usah kau kesali ketetapan ini,
Usah kau benci apa yang kau lalui

Mama…
Hanya satu kupohon darimu,
Sebelum matahari panas ini ditutup liah lahad ku sendiri,
Sebelum udar segar yang ku hirup dikambusi tanah segar di kuburan,
Sebelum tubuh ku dijamah oleh waktu yang akan kian berlalu dan
Sebelum terdengarnya talkin yang terakhir di telingaku,
Halalkanlah air susu yang kuminum dari tubuhmu dan restukanlah pemergianku ini ….

Mama…
Sesungguhnya tiada yang ingin aku banggakan selain memanggil namamu……… MAMA

"satu catatan ringkas yang aku buat, khabarnya aku nak jadikan dia sebagai sebuah filem, dasar cerita dah ada cuma pembentukan watak masih kurang jelas.. mungkin satu hari nanti....
tapi dah lama niat ni aku pendam, 2001... ya sekarang 2007 dah 6 tahun masih belum siap apa yang perlu aku buat".

Wednesday, March 07, 2007

mana langkah yang perlu aku mengesot

Aku mula mengenal !

Lama aku berfikir, mencari nilai sebuah penulisan, apakah aku masih dengan kata-kata yang sama berpegang kepada akal... bila tersentak baru aku mula akan menulis.... berfikir mencari kepastian dan mencari jalan keluar... apa akan jadi kepada sebuah penulisan, akankah aku sentiasa berpegang kepada denai yang lama atau aku perlu meneroboh sebuah liku jalan yang baru...

Hari ni baru aku sedar setelah sekian lama mencari jawapan kepada pencarian aku, tidak perlu aku terlalu mengatur susun makna letak bahasa indah, tak perlu mendalami setiap bayang yang tersurat... yang perlu aku lakukan hanya sekadar jujur kepada apa yang aku terbayangkan dan apa yang aku terfikirkan...

Tak salah kalau kalau tangan ini gatal untuk mencoretkan makna dan bunyi bahasa dengan apa pun pemikirannya.. yang penting akal berlangkah seiring dan mata sentiasa memerhati kepada kilauan cahaya yang akan memancar dari setiap baris di hadapannya....

Berikan aku masa
percayalah satu ketika nanti, bila hati ingin tergerak melayari satu catatan kisah apa yang aku cuba paparkan ini pasti semua akan teruja, bukan dengan kata-kata tapi sekadar mengucapkan syukur tanda terima..

Kepada semua, selamat melayar bahasa kata ku...
buat semua sahabat bloggers aku sendiri juga nantikan sebuah kemunculan dan kelahiran sesuatu yang keras, ikhlas dan pedas mungkin...

Thursday, November 02, 2006

Malam Bulan Mengambang

mungkin malam tu tak sama lagi dengan malam-malam yang indah pernah aku lalui... bukan mengeluh pada sebuah nasib yang aku lalui, tapi sekadar berseloroh dengan apa yang ada... malam tak indah lagi bagi aku lalui.
kesepian yang panjang.
tangisan keseorangan.
sepi dan kosong.

aku mungkin berdiri sama melintang dengan nasib yang akan aku lalui ini tapi aku tak bisa menjulur dengan segala harapan yang pernah aku ciptakan sendiri....

kesepian yang membataskan segala hak dan logika untuk aku terus berfikir. tewas didalam sebuah layaran yang tergantung dek dipukul dengan tohmahan dan kutukan diatas kesilapan silam.

menyesal ?

kehidupan yang penuh cabaran dan hujanan masalah membuatkan aku semakin kabur dengan penglihatan akal ku sendiri, namun aku sedar dengan membataskan segala perilaku ku untuk aku meneruskan segala saki dan sisa kehidupan yang panjang ini.

buat makhluk yang bernama manusia, hati ini sedar dengan segala kejadian yang difitrahkan kepada ku. aku banyak melakukan kesalahan, kealpaan dengan kesombongan yang aku ciptakan sendiri membuatkan aku tewas didalam sejarah ketamadunan yang aku ciptakan sendiri.

bangkitkanlah semangat yang perlu untuk diriku untuk aku terus melangkah dan melompat lebih tinggi... bangkitlah.... dan aku perlu sedar...

bulan akan sentiasa mengambang bila tiba waktunya... itu adalah PASTI

Wednesday, September 27, 2006

salam kemanusiaan


Assalammualaikum w.b.....Sesungguhnya pejalanan kehidupan manusia tidak akan menyenangkan pencariannya. Pasti akan gembira sekiranya tertulisnya kehidupan manusia dalam mana-mana buku kehidupan. Apa yang pasti manusia perlu sedar akan pencarian sebenar yang ingin dicarinya. Bukan sekadar penghidupan sekarang juga untuk penghidupan yang kekal di kemudian hari.Aku mampu menangis meskipun orang lain berada dalam ketawa kegembiraan, aku mampu ketawa walaupun orang lain berada dalam tangisan kesedihan tetapi aku tak mampu menahan kesedihan walaupun orang lain dalam kesedihan dan tak mampu menahan kegembiraan walaupun orang lain dalam ketawa kegembiraan.Bodohkah aku sekiranya aku masih memenangi segala ideologi yang aku pegang selama ini sebagai landasan kehidupan aku ……… ?

adoiiiiiiii penat


adoiiiiiiiiii penat.
kadang-kadang sampai tak tahu nak mulakan mana satu yang lagi penting, terlalu lama sangat KAN. susah berfikir dan kadang terpaksa memikir...

adoiiiiiiiiiiii penat.
banyak yang tertinggal, kehidupan, kegembiraan, keseronokan...

adoiiiiiiiiii penat
aku dah penat......